![]() |
Sumber |
Industri perhotelan adalah
berkait rapat dengan sektor pelancongan dan perdagangan kerana fungsinya adalah
membekalkan tempat kediaman atau tempat persinggahan yang bersifat sementara
kepada pengunjung-pengunjung.
Pembangunan industri pelancongan yang begitu pesat dewasa ini
memerlukan jumlah tenaga kerja yang besar bagi menyokong sektor-sektor
perkhidmatan seperti perhotelan, restoran dan sebagainya.
Kebelakangan ini, lambakan pekerja dalam industri
hospitaliti berlaku.
Ramaipekerja yang hendak bekerja dalam industri hospitaliti seperti perhotelan, restoran dan pelancongan. Ketiga-tiga industri tersebut adalah saling berkait rapat.Walaubagaimanapun, untuk bekerja dalam industri hotel pada hari ini memerlukan kelulusan yang setaraf dengan jawatan yang dipohon. Jumlah yang kecil bagi graduan lepasan hospitaliti seperti pengurusan hotel atau kulinari memberi masalah kepada industri
hospitaliti untuk mewujudkan pekerja yang benar-benar berkualiti.
Pengurusan sesebuah hotel yang baik adalah bergantung kepada kualiti perkerja sesebuah hotel
tersebut. Maka, proses pengrekrutan dan penapisan perkerja perlu dilakukan
sebelum mengambil seseorang berkerja. Kekurangan kemahiran dalam pengrekrutan
menyebabkan matlamat untuk mendapatkan pekerja yang terbaik dalam industri
hotel tidak tercapai.
Dalam pengurusan sesebuah hotel kebiasaannnya akan menawarkan peluang pekerjaan
dibahagian operasi. Bahagiaan ini merupakan nadi yang menentukan keuntungan,
kelancaran operasi dan kepuasan pengguna.
Terdapat empat buah jabatan utama
dalam bahagian operasi hotel iaitu jabatan pengemasan (housekeeping
department), jabatan dapur (kitchen
department) jabatan kauter hadapan (front office department) dan jabatan
makanan dan minuman (food and beverage
department). Antara skop tugas yang perlu dilakukan bagi bahagian operasi
adalah seperti berikut:
- Membersihkan bilik air sehingga hilang kekotoran dan bau.
- Membuang sampah dan menggantikan plastik sampah yang baru.
- Menggantikan sarung cadar dengan sarung yang bersih.
- Menyusun atur kedudukan kerusi kepada kedudukan yang asal.
Jabatan Dapur (Kitchen Department)
- Memastikan menu makanan yang dimasak sama seperti dalam jadual yang dirancang.
- Menyediakan makanan yang bersih dan berkualiti.
- Menghidangkan makanan mengikut masa yang telah ditetapkan.
- Memastikan bahan mentah yang diperolehi dari pembekal hotel.
Jabatan Kaunter Hadapan (Front Office Department)
- Membantu pelanggan dalam membuat pemilihan bilik yang sesuai.
- Menjelaskan kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel.
- Memastikan bilik sedia untuk dijual.
- Memastikan pelanggan check-in dan check-out tepat pada waktu yang ditetapkan.
Jabatan Makanan dan Minuman (Food and Beverage Department)
- Menyambut tetamu yang hadir di restoran hotel dengan baik.
- Memastikan makanan cukup dan disusun dengan rapi.
- Mengemas meja apabila tetamu selesai makan.
- Mengambil pesanan bagi tetamu yang ingin menu selain dari pakej yang ditawarkan.
Sehubungan dengan itu, kerjaya dalam perhotelan amat luas terutama bagi graduan yang
sedang mencari peluang pekerjaan. Industri hospitaliti dan pelancongan yang
semakin berkembang dengan pesat kini memerlukan individu yang berkaliber dan
berpotensi dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan. Justeru, kerjaya
dalam perhotelan amat baik terutama untuk mendapat pengalaman dan membentuk
jati diri dalam kemahiran-kemahiran tertentu bersesuaian dengan bidang kerja
yang diminta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan