tag:blogger.com,1999:blog-53892971535104814462024-03-20T02:37:33.256-07:00Fadhliana HabibFadhliana Habibhttp://www.blogger.com/profile/06430240710189066848noreply@blogger.comBlogger8125tag:blogger.com,1999:blog-5389297153510481446.post-73543238226585420372015-11-16T03:51:00.000-08:002015-11-16T03:51:01.972-08:00PENGURUSAN INSAN DALAM SEKTOR PERHOTELAN SECARA ISLAM
sumber
Pengurusan Insan<o:p></o:p>
insan amat penting dalam sesebuah organisasi kerana ia merupakan penentu bagi
kemajuan sesebuah organisasi. Dalam sektor perhotelan, pengurusan insan berkait
rapat dengan empat perkara asas iaitu tanggungjawab, etika, adab dan akhlak.
Hal ini kerana, sektor perhotelan menawarkan produk secara perkhidmatan kepada
pengunjung yang mana aspek pengurusan insan dalam sesebuah hotel akan
mengambarkan imej organisasi yang cuba ditonjolkan bergantung kepada konsep
sesebuah hotel. Konsep hotel di Malaysia terbahagi kepada dua bentuk. Pertama
konsep hotel konvensional dan kedua konsep hotel patuh syariah. Antara elemen
utama yang membezakan kedua-dua konsep hotel ini adalah elemen pengurusan
insan. <o:p></o:p>
konsep hotel konvensional, pengurusan yang diguna pakai adalah pengurusan
lazim. Pengurusan lazim lebih menekankan material, keuntungan, potensi dan imej
sesebuah hotel tanpa mengambil kira aspek spiritual. Matlamat utama dalam
pengurusan lazim adalah untuk mendapatkan keuntungan. Justeru, pelbagai strategi
akan dirancang, disusun, diatur dan dilaksanakan bagi mencapai matlamat
tersebut selari dengan definisi pengurusan yang dikeluarkan oleh Fadhilah
Mansor (2006). Menurut beliau, pengurusan ditakrifkan sebagai proses untuk
mendapatkan modal atau menggemblengkan segala input di dalam sesebuah
organisasi dengan cara paling optimum untuk mencapai objektif organisasi. <o:p></o:p>
perspektif pengurusan Islam, pengurusan yang diatur dalam organisasi harus
mengikut syariat Islam. Meskipun dari segi operasional, pengurusan Islam
dilihat seolah-olah hampir sama dengan konvensional, namun pada hakikatnya ia
berbeza, khususnya dari segi falsafah pengurusan. Falsafah ini juga yang
merupakan asas kepada sistem pengurusan Islam yang bersumberkakan kepada
al-Qur’an dan hadis. Falsafah inilah yang kemudiannya membawa kepada matlamat
dan pelaksanaan pengurusan insan yang lebih holistik dan bukannya terlalu
mementingkan kepada keuntungan dengan menidakkan aspek nilai, moral dan
kesucian. <o:p></o:p>
pengurusan insan dalam sektor perhotelan secara tidak langsung mempamerkan
corak pengurusan yang diguna pakai sama ada pengurusan konvensional ataupun pengurusan
Islam. Antara kriteria pengurusan insan dalam konsep hotel konvensional dan
konsep hotel patuh syariah adalah menutup aurat. Lazimnya bagi konsep hotel
konvensional, kakitangan yang bekerja dalam organisasi hotel tidak digalakkan
menutup aurat kerana setiap kakitangan hotel perlu mematuhi kod pakaian yang
telah ditetapkan oleh pihak pengurusan tidak kira kakitangan tersebut Muslim
atau sebaliknya. Hal ini kerana, polisi hotel bagi kod pemakaian di peringkat
antarabangsa telah diseragamkan. Oleh yang demikian, konsep hotel patuh
syariah, membuat anjakan paradigma dengan membentuk acuan pengurusan daripada
akar umbi Islam yang sebenar.<o:p></o:p>
hotel konvensional boleh diubah kepada konsep hotel patuh syariah apabila pihak
pengurusan hotel menghayati ajaran Islam yang sebenar, iaitu bersumberkan
al-Quran dan hadis serta kembali mencontohi keupayaan dan kegemilangan
kepimpinan Islam terdahulu, khususnya Rasulullah SAW dan para khalifah. Ajaran
Islam telah diterjemahkan di dalam pengurusan yang cemerlang dan gemilang
sehingga begitu dikagumi dan berkemampuan mengurus dua pertiga daripada muka
bumi ini. Kesannya lahirlah tamadun yang gemilang di era itu seperti
tamadun-tamadun awal Islam di Madinah, Bani Umaiyyah di Damsyik dan Andalus
serta Bani Abassiyah di Baghdad. Bagaimanapun setelah kejatuhan kerajaan Bani
Uthmaniyah, penjajahan telah membelenggu umat Islam dan melenyapkan
kegemilanagan tersebut. Sektor ekonomi, politik, sosial dan pendidikan yang
menjadi teras umat Islam telah diatur dan dicatur sepenuhnya oleh penjajah
termasuklah minda dan pemikiran yang telah dijajah tanpa disedari termasuk juga
dalam penggubalan polisi sektor perhotelan secara konvensional. Natijahnya, kakitangan
Muslim yang bekerja dalam sektor perhotelan perlu memakai pakaian yang membuka
aurat, menghidangkan minuman keras, melayanani pengunjung tidak kira lelaki
atau perempuan, membiarkan pengunjung membuat maksiat secara terbuka,
menghidangkan makanan yang tidak halal dan sebagainya. Oleh hal yang demikian,
polisi bagi konsep hotel konvensional dalam pengurusan insan khususnya dari sudut
kerohanian kurang ditekankan kerana kualiti dalam perkhidmatan diberi
keutamaan. Sesungguhnya Allah SWT berfirman yang bermaksud:<o:p></o:p>
Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat
manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu,
sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.”<o:p></o:p>
insan secara Islam khususnya bagi konsep hotel patuh syariah perlu memastikan
budaya kerja seperti konsep hotel konvensional ini tidak berlaku. Etika kerja
yang disulami dengan keperibadian yang tinggi, berakhlak mulia dan mempunyai
adab yang sopan akan mencerminkan diri seseorang pekerja hotel yang unggul
sekali gus menjamin kualiti perkhidmatan berkualiti. <o:p></o:p>
Pengurusan Insan<o:p></o:p>
pengurusan insan dalam sektor perhotelan menurut Islam bukan hanya berpaksikan
kepada kemahiran fizikal, bakat dan ilmu pengetahuan semata-mata malah ianya
melibatkan elemen kerohanian yang tidak mampu dilihat oleh pancaindera pihak
pengurusan. Elemen kerohanian hanya boleh diukur melalui aspek ibadah. Ibadah
terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama, ibadah asas. Kedua ibadah khusus dan
ketiga ibadah umum. Ibadah asas adalah perkara-perkara wajib yang perlu
dilakukan oleh semua orang Islam termasuk pada waktu bekerja iaitu solat dan
puasa. Ibadah asas ini adalah rukun iman dan rukun Islam yang menjadi pegangan
kepada semua orang Islam. Selain itu, ibadah khusus adalah perkara-perkara
sunat yang amat dituntut untuk dilakukan seperti berzikir, berselawat dan
bersedekah manakala ibadah umum pula adalah perkara-perkara yang perlu
dikakukan bagi memenuhi keperluan hidup seperti belajar, bekerja, berniaga dan
sebagainya. Ketiga-tiga bahagian ibadah ini merupakan rangkuman daripada fardhu
ain dan fardhu kifayah bagi semua orang Islam dalam menjalani kehidupan di
dunia ini. <o:p></o:p>
konteks pengurusan insan, ketiga-tiga bahagian ibadah ini perlu di ambil kira
bagi memastikan pekerjaan yang dilakukan khususnya kakitangan Muslim bukan
sekadar untuk memenuhi objektif dan matlamat organisasi hotel malah matlamat
utama dalam Islam adalah beroleh kerdhaan dari Allah SWT (mardhatillah). Sesunguhnya Allah SWT berfirman yang bermaksud:<o:p></o:p>
yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian).
Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan
hamba-hambaNya”<o:p></o:p>
itu, pengurusan insan dalam sektor perhotelan secara Islam perlu mengambil kira
dua perkara penting yang menjadi tonggak kejayaan sesebuah organisasi iaitu hal
keduniaan dan alam akhirat. Walaupun sesebuah hotel itu telah mendapat nama,
imej yang baik, keuntungan yang tinggi serta dikenali dalam pasaran dunia,
namun pihak organisasi hotel harus sedar bahawa disebalik keuntungan yang
diperoleh kesemua rezeki dan kejayaan tersebut adalah datang daripada Allah
SWT. <o:p></o:p>
itu, berdasarkan ketiga-tiga elemen ibadah tersebut, boleh dihubungkan dengan
tiga perkara utama iaitu hubungan manusia dengan Allah SWT (hablumminallah), hubungan manusia dengan
manusia (hablumminannas) dan hubungan
manusia dengan sumber alam (hablumminnas).
Dalam konsep hotel patuh syariah, hubungan manusia dengan Allah SWT tidak
ditinggalkan apabila pihak organisasi hotel menyediakan kemudahan lengkap
seperti surau untuk kakitangan dan pengunjung Muslim menunaikan solat. Bukan
itu sahaja, malah kelengkapan solat seperti sejadah, telekung dan ruang
mengambik wudhuk juga disediakan.
Justeru, tidak ada sebarang alasan kakitangan Muslim tidak menunaikan ibadah
solat ketika waktu bekerja.<o:p></o:p>
hubungan manusia dengan manusia. Ia berkait rapat di antara hubungan pekerja
dengan pekerja dan hubungan pekerja dengan pengunjung hotel. Hubungan pekerja
dengan pekerja atau pihak atasan merupakan sesuatu perkara penting dalam
organisasi hotel. Pihak pengurusan perlu memastikan medium penyampaian maklumat
diterima oleh semua kakitangan hotel sama ada melalui komunikasi secara terus
atau mengggunakan alat komunikasi seperti emel, telefon, dan pesanan ringkas.
Hal ini kerana, pengurusan insan dalam sektor perhotelan tidak akan berlaku
secara efisen jika medium penyampaian maklumat tidak diterima dengan baik.
Melalui penyampaian maklumat yang berkesan terutama pihak atasan dalam memberikan
arahan kepada kakitangan bawahan akan mendorong perlaksanaan kerja tersebut
dilakukan dengan penuh berhemah, bertanggungjawab dan lancar. Selain itu,
kerjasama dalam kumpulan juga akan mudah terbentuk dengan mencapai kata sepakat
membuat sesuatu tugasan seperti di bahagian kulineri, di bahagian penyediaan
makanan dan minuman serta di bahagian kaunter hadapan. Dalam sektor perhotelan,
selain dari perkhidmatan kemudahan yang lengkap, perkhidmatan dalam memberi
layanan yang baik kepada pengunjung yang menginap di hotel juga akan diberikan
oleh kakitangan hotel secara tidak langsung.
Hal ini penting bagi memastikan pengunjung berasa gembira dan selesa
dengan perkhidmatan layanan yang diberikan. Oleh hal yang demikian, hubungan
pekerja dengan pengunjung secara tidak langsung akan mendorong pekerja tersebut
menjadi seorang yang ramah, bertolak ansur, penyabar dan berbudi bahasa.<o:p></o:p>
hubungan manusia dengan alam sekitar pula, ia melibatkan dari sumber alam
semula jadi dan sumber alam secara fizikal. Sumber alam semula jadi dalam
sektor perhotelan adalah sumber atau persekitaran yang menjadi faktor utama
pengunjung memilih sesebuah hotel seperti terletak di tepi pantai, pemandangan
gunung-ganang dan sebaginya. Kesemua sumber alam semula jadi ini adalah ciptaan
dari Allah SWT dan manusia terutama pengurusan dan kakitangan hotel perlu
mamastikan sumber alam ini terpelihara dan terjaga daripada kejahatan manusia
sendiri. Selain itu, sumber alam secara fizikal dalam sektor perhotelan adalah
berkait rapat dengan fasiliti, alatan, reka bentuk bangunan hiasan dalaman dan
lain-lain yang dicipta oleh manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak
organisasi hotel. Hubungan manusia dengan alam sekitar adalah saling berkait
dalam pengurusan insan. Hal ini kerana, dalam pengurusan insan secara Islam,
setiap fungsi sumber alam perlu diketahui dan difahami terlebih dahulu sebelum
mengendalikan sumber alam tersebut. Sebagai contoh, dalam penyediaan makanan
dan minuman, Islam amat menitik beratkan kebersihan dan kehalalan sumber
makanan tersebut. Bagi memastikan makanan dan minuman yang disediakan itu halal
dan selamat untuk di makan, pemprosesan, alatan yang diguna pakai dan
bahan-bahan masakan perlu mengikut garis panduan mengikut hukum syarak. Minuman
beralkohol seperti arak sama sekali tidak dibenarkan dihidang atau dicampurkan
dalam makanan terutama untuk dihidangkan kepada pengunjung Muslim. Allah SWT
berfirman yang bermaksud: <o:p></o:p>
“Dan ia
menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka
segala benda yang buruk….”<o:p></o:p>
(Surah
al-A’raf 7:157)<o:p></o:p>
kesimpulannya, elemen kerohanian dan elemen material perlulah bersepadu dalam
pengurusan insan berdasarkan syariat yang ditetapkan oleh Allah SWT. Ibadah merupakan
tunjang utama kerana manusia mestilah sentiasa hidup dengan beribadah kepada
Allah SWT disamping melakukan pekerjaan untuk memenuhi keperluan hidup sebagai
mana firman Allah SWT yang bermaksud <o:p></o:p>
Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku”. <o:p></o:p>
menjadikan ibadah sebagai alat panduan dapat melaksanakan peranannya mengikut ketetapan,Allah
SWT iaitu menjadi hamba dan khalifah-Nya.<o:p></o:p>
Perspektif Pengurusan Islam dalam Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor
(eds.), Dimensi Pengurusan Islam, Mengurus Kerja dan Mengurus Modal Insan.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hlm 45.<o:p></o:p>
al-Qur’an: Kajian <o:p></o:p>
Mawdu’iy. Tesis Doktor Falsafah yang
diserahkan kepada Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia, Tidak Diterbitkan.<o:p></o:p>
Fadhliana Habibhttp://www.blogger.com/profile/06430240710189066848noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5389297153510481446.post-68916061248139641932015-04-26T02:09:00.000-07:002015-05-02T19:46:43.720-07:00Akhlak Pembentukan Ummah Dalam Hospitaliti Islam
Sumber
Akhlak merupakan perkara penting yang ditekankan dalam
Islam. Keperibadian atau sikap seseorang menggambarkan akhlak yang baik atau
sebaliknya. Antara ciri nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul adalah kerana baginda mempunyai keperibadian
dan akhlak yang baik. Justeru, baginda sentiasa menunjukkan sifat-sifat yang
baik kepada umatnya supaya boleh menjadi contoh dan ikutan. Dalam hospitaliti
Islam, akhlak merupakan sebahagian elemen yang ditekankan oleh baginda Rasulullah SWT kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia.<o:p></o:p>
Perkataan hospitaliti dipinjam daripada bahasa inggeris
iaitu ‘hospitality’ yang membawa
maksud layanan baik terhadap tetamu atau layanan baik terhadap orang asing.
Pengertian hospitaliti ini sebenarnya menekankan adab melayani tetamu
berdasarkan akhlak tertentu. Berdasarkan akhlak dalam hospitaliti Islam, adab
melayani tetamu perlu dilakukan dengan rasa gembira, peramah, mudah membantu
dan ikhlas dari hati. <o:p></o:p>
Pembentukan ummah melalui akhlak dalam hospitaliti Islam
pula merupakan sesuatu perkara yang secara tidak langsung menjadi pemerhatian
dan penilaian yang dibuat oleh tetamu. Ia meliputi dua pihak utama iaitu pelayan dan tetamu. Kehadiran tetamu
kebiasaannya kerana sebab-sebab tertentu seperti menziarah, mengunjung, melancong,
musafir dan sebagainya. Pembentukan ummah ini akan terjadi apabila akhlak yang
ditunjukkan oleh pelayan dapat menarik perhatian tetamu sekaligus mewujudkan
perasaan persahabatan dan hubungan silaturrahim. Melalui akhlak yang ditonjolkan kepada tetamu,
mereka akan berasa kehadiran mereka diundang, selesa dan gembira. Dalam al-Qur’an
merakamkan kisah tetamu Nabi Ibrahim (AS). Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi
Ibrahim yang dimuliakan. Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam
dengan berkata “selamat sejahtera kepadamu!”. Ia menjawab “selamat sejahtera
kepada kamu!”. (Sambil berkata kepada dirinya): mereka ini orang-orang yang
tidak dikenali. Kemudian ia masuk kepada ahli rumahnya serta dibawa keluar
seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil
berkata “silalah makan”.<o:p></o:p>
<o:p> (Surah al-Dhariyat 51:24)</o:p>
<o:p>
</o:p>
<o:p>Berdasarkan ayat al-Qur'an di atas telah menjelaskan tentang maksud hospitaliti Islam berkaitan akhlak yang baik. Antara contoh akhlak yang baik ialah memberi salam, menyambut tetamu dengan penuh hormat, mempersilakan duduk, serta menyediakan makanan yang istimewa. Kesemuanya ini dilakukan dengan kadar segera supaya tetamu tidak berasa kurang selesa. Apabila kedatangan tetamu disambut dengan baik, pembentukan ummah melalui sifat-sifat mahmudah yang ditonjolkan memberi impak kepada tetamu agar saling hormat-menghormati antara satu-sama lain. Justeru, akhlak yang baik dalam hospitaliti Islam amat penting supaya melalui perbuatan, percakapan dan tindakan dapat memudahkan urusan tetamu sekaligus mendapat keredhaan dari Allah SWT.</o:p>
<o:p>
</o:p>
<o:p>Pada zaman Rasulullah SAW, baginda sering melayani tetamu dengan menyediakan penginapan, makanan dan segala keperluan tetamu mengikut kemampuan yang ada. Walaupun pada zaman itu tidak ada kelengkapan yang cukup seperti menyediakan kipas angin, bantal, selimut, makanan yang beraneka lauk, namun baginda menerima kedatangan tetamu dengan berlapang dada serta memperlihatkan rasa kasih sayang, samada tetamu itu jauh atau dekat. Sifat kasih sayang tergambar dalam diri baginda apabila memberi makanan dan minuman, sentiasa memberi senyuman, menuturkan kata-kata yang sopan dan tidak ada tersurat nilai-nilai kasta. Kesemua sifat-sifat baginda di atas, terangkum dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:</o:p>
<o:p>
</o:p>
"Dari Abu Hurairah (RA), bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah mempereratkan hubungan kekeluargaannya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah mengucapkan yang baik ataupun berdiam".
(Hadith diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Memiliki akhlak yang baik seperti yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW adalah penting kerana sesungguhnya, Allah SWT tidak memandang kepada kedudukan, gelaran dan pangkat seseorang. Hal ini kerana, Allah SWT melihat kepada tiga perkara iaitu keikhlasan, niat dan ketakwaan seseorang hambanya dalam melayani tetamu. Dalam hospitaliti Islam, jika akhlak seseorang tidak baik iaitu memiliki sifat-sifat mazmumah maka pembentukan ummah tidak akan berlaku. Sifat-sifat mazmumah yang dimaksudkan ialah tingkah laku yang tidak sopan ketika berhadapan dengan tetamu. Apabila berhadapan dengan tetamu kelihatan muka tegang, kata-kata yang kurang sopan dan perasaan curiga. Jika perkara ini terjadi, maka tetamu yang hadir akan berasa sedih dan kecewa. Natijahnya akan menyebabkan, hospitaliti Islam akan dipandang buruk oleh tetamu yang terlibat secara amnya dan masyarakat umumnya.
Sebagai kesimpulanya, akhlak merupakan tunjang pembentukan ummah dalam hospitaliti Islam. Sifat-sifat yang baik melibatkan perbuatan dan percakapan perlu selari dengan keikhlasan hati. Melayani tetamu mengikut kemampuan merupakn sunnah Rasulullah SAW kerana apabila berlaku disebaliknya akan mengakibatkan bebanan dan kesusahan terhadap diri sendiri. Dalam aspek menerima kedatangan tetamu terbahagi kepada dua pihak iaitu tetamu yang dikenali (keluarga, sahabat, jiran dan masyarakat setempat) manakala tetamu yang tidak dikenali (pelancong, musafir, fakir-miskin dan lain-lain). Perbincangan kali ini adalah berbentuk umum yang mana diberi penekanan berkaitan akhlak yang baik dalam melayani tetamu mampu membentuk ummah yang baik. Justeru, akhlak yang baik perlu diterapkan dalam hospitaliti Islam supaya hubungan sesama manusia berada dalam keadaan harmoni disamping menjadi ibadah kepada Allah SWT.
Fadhliana Habibhttp://www.blogger.com/profile/06430240710189066848noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5389297153510481446.post-61560766808445742102015-04-12T01:34:00.000-07:002015-04-12T01:34:00.402-07:00Isu Aurat Pekerja Wanita Dalam Industri Perhotelan
Entri kali ini membincangkan berkaitan aurat pekerja wanita dalam industri perhotelan pada masa kini. Berdasarkan blog saudara Mazidul Akmal Sidek (Wartawan Media) yang bertajuk Hotel, Paha dan Tudung (klik di sini) ada memperkatakan berkaitan isu aurat pekerja wanita di kebanyakkan hotel yang terkemuka bertaraf tiga,empat dan lima bintang. Isu ini sebenarnya telah lama dibangkitkan oleh rata-rata pekerja wanita yang beragama Islam, namun pihak pengurusan hotel tetap tidak bertolak ansur atas alasan polisi hotel tidak membenarkan wanita muslimah bertudung. Persoalannya jika benar isu ini berkaitan polisi hotel, mengapakah wanita muslimah sanggup menerima pekerjaan tersebut dan mendedahkan aurat mereka kerana pekerjaan tersebut? Apakah implikasi terhadap diri wanita muslimah apabila mereka mendedahkan aurat?
Sebelum itu, perbincangan ini akan lebih menarik apabila kita memahami definisi aurat dan hotel.
Aurat ialah bahagian tubuh badan manusia yang wajib ditutup dari pandangan manakala hotel pula merupakan satu institusi yang mempunyai struktur organisasi yang tersendiri. Mejoriti hotel akan menyediakan pakaian seragam yang khusus atau mengenakan syarat untuk pekerja-pekerjanya bergantung kepada bahagian-bahagian tertentu.
Bagi menjawab persoalan pertama, antara faktor yang mendorong wanita muslimah menerima pekerjaan tersebut walaupun terpaksa mendedahkan aurat adalah disebabkan taraf hidup yang semakin meningkat, pengangguran, tawaran gaji yang tinggi serta kurang kesedaran tentang agama Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaywajitaa menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(Surah an-Nur 24:31)
Justeru, melalui ayat di atas dapat kita fahami bahawa Allah SWT memandang berat terhadap penjagaan aurat wanita daripada pandangan tiga golongan iaitu lelaki ajnabi, wanita bukan beragama Islam dan lelaki bukan beragama Islam. Oleh itu bagi menjawb persoalan ke dua pula, isu aurat bagi pekerja wanita muslimah dalam industri perhotelan khususnya akan terdedah dengan pelbagai manusia tidak kira budaya, agama dan bangsa. Implikasi dari aspek aurat ini terhadap wanita muslimah yang sanggup mendedahkan auratnya semata-mata untuk mencari sumber rezeki akan mengakibatkan tunjang agama yang dipegang menjadi goyah. Secara tidak langsung, ibadah pekejaan yang dilakukan tidak dikira sebagai ibadah. Menurut Muhammad Syukri Salleh (2008), ibadah terbahagi kepada tiga bentuk. Pertama ialah ibadah asas (merangkumi penegakan rukun Islam dan Iman); kedua, amalan utama seperti amalan-amalan sunat; dan ketiga, ibadah umum seperti berkhidmat untuk masyarakat, bekerja, menuntu ilmu, menghormati ibu-bapa dan sebagainya). Dalam entri kali ini, ibadah umum bagi wanita muslimah yang bekerja di hotel sepatutnya mendapat ganjaran pahala dan keredhaan dari Allah SWT tetapi sebaliknya apabila mereka sanggup mendedahkan aurat walaupun tanpa kerelaan.
Seterusnya, aurat juga memberi implikasi terhadap akidah wanita muslimah. Pegangan akidah yang lemah akan mendorong wanita muslim membuat pertimbangan akal yang tidak tepat. Hal ini sejajar dengan persetujuan wanita muslimah dalam melaksanakan tanggungjawab kerja sehingga mengabaikan tanggungjawab menutup aurat yang disarankan agama Islam. Apabila akidah yang menjadi teras kepada pembentukan sahsiah diri seseorang muslimah diabaikan maka timbul pula kesan yang tidak baik terhadap hati (spiritual). Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan rasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan tentang urusan mereka. dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan rasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata".
(Surah al-Ahzaab 33:36)
Kesimpulannya, industri perhotelan sememangnya banyak membuka peluang-peluang pekerjaan dan terdapat bahagian-bahagian tertentu yang akan disyaratkan supaya wanita muslimah perlu memakai pakaian sepertimana yang telah ditetapkan. Namun, wanita muslimah harus peka terhadap anjakan paradigma yang berlaku dalam industri perhotelan yang mana terdapat hotel-hotel bersifat Islami telah dibangunkan seperti TH Hotel dan De Palma. Aurat wanita muslimah secara umumnya tidak sepatutnya didedahkan bukan sahaja dalam pekerjaan berkaitan hotel bahkan semua pekerjaan yang meletakkan syarat supaya memakai pakaian (uniform) yang telah ditetapkan seperti pramugari, pembantu kedai (klik di sini) dan pembantu khidmat pelanggan (klik di sini). Justeru, wanita muslimah disarankan untuk mengetahui implikasi yang akan berlaku terhadap diri kita terutama dalam aspek ibadah dan akidah.
Fadhliana Habibhttp://www.blogger.com/profile/06430240710189066848noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5389297153510481446.post-88512894113056292422015-04-06T09:20:00.000-07:002015-04-06T21:40:41.535-07:00Kerjaya Dalam Sektor Perhotelan
Sumber
Industri perhotelan adalah
berkait rapat dengan sektor pelancongan dan perdagangan kerana fungsinya adalah
membekalkan tempat kediaman atau tempat persinggahan yang bersifat sementara
kepada pengunjung-pengunjung.
Pembangunan industri pelancongan yang begitu pesat dewasa ini
memerlukan jumlah tenaga kerja yang besar bagi menyokong sektor-sektor
perkhidmatan seperti perhotelan, restoran dan sebagainya.
Kebelakangan ini, lambakan pekerja dalam industri
hospitaliti berlaku.
Ramaipekerja yang hendak bekerja dalam industri hospitaliti seperti perhotelan, restoran dan pelancongan. Ketiga-tiga industri tersebut adalah saling berkait rapat.Walaubagaimanapun, untuk bekerja dalam industri hotel pada hari ini memerlukan kelulusan yang setaraf dengan jawatan yang dipohon. Jumlah yang kecil bagi graduan lepasan hospitaliti seperti pengurusan hotel atau kulinari memberi masalah kepada industri
hospitaliti untuk mewujudkan pekerja yang benar-benar berkualiti.
Pengurusan sesebuah hotel yang baik adalah bergantung kepada kualiti perkerja sesebuah hotel
tersebut. Maka, proses pengrekrutan dan penapisan perkerja perlu dilakukan
sebelum mengambil seseorang berkerja. Kekurangan kemahiran dalam pengrekrutan
menyebabkan matlamat untuk mendapatkan pekerja yang terbaik dalam industri
hotel tidak tercapai.
Dalam pengurusan sesebuah hotel kebiasaannnya akan menawarkan peluang pekerjaan
dibahagian operasi. Bahagiaan ini merupakan nadi yang menentukan keuntungan,
kelancaran operasi dan kepuasan pengguna.
Terdapat empat buah jabatan utama
dalam bahagian operasi hotel iaitu jabatan pengemasan (housekeeping
department), jabatan dapur (kitchen
department) jabatan kauter hadapan (front office department) dan jabatan
makanan dan minuman (food and beverage
department). Antara skop tugas yang perlu dilakukan bagi bahagian operasi
adalah seperti berikut:
Jabatan Pengemasan (Housekeeping Department)
Membersihkan bilik air sehingga hilang
kekotoran dan bau.
Membuang sampah dan menggantikan plastik sampah yang baru.
Menggantikan sarung cadar dengan sarung yang bersih.
Menyusun atur kedudukan kerusi kepada kedudukan yang asal.
Jabatan Dapur (Kitchen Department)
Memastikan menu makanan yang dimasak sama seperti dalam jadual yang dirancang.
Menyediakan makanan yang bersih dan
berkualiti.
Menghidangkan makanan mengikut masa yang
telah ditetapkan.
Memastikan bahan mentah yang diperolehi
dari pembekal hotel.
Jabatan
Kaunter Hadapan (Front Office Department)
Membantu pelanggan dalam membuat pemilihan
bilik yang sesuai.
Menjelaskan kemudahan yang disediakan
oleh pihak hotel.
Memastikan bilik sedia untuk dijual.
Memastikan pelanggan check-in dan check-out tepat pada waktu yang ditetapkan.
Jabatan Makanan dan Minuman (Food and Beverage Department)
Menyambut tetamu yang hadir di restoran
hotel dengan baik.
Memastikan makanan cukup dan disusun
dengan rapi.
Mengemas meja apabila tetamu selesai
makan.
Mengambil pesanan bagi tetamu yang ingin
menu selain dari pakej yang ditawarkan.
Sehubungan dengan itu, kerjaya dalam perhotelan amat luas terutama bagi graduan yang
sedang mencari peluang pekerjaan. Industri hospitaliti dan pelancongan yang
semakin berkembang dengan pesat kini memerlukan individu yang berkaliber dan
berpotensi dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan. Justeru, kerjaya
dalam perhotelan amat baik terutama untuk mendapat pengalaman dan membentuk
jati diri dalam kemahiran-kemahiran tertentu bersesuaian dengan bidang kerja
yang diminta.
Fadhliana Habibhttp://www.blogger.com/profile/06430240710189066848noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5389297153510481446.post-64687054349212046542015-03-30T03:32:00.000-07:002015-03-30T04:11:49.044-07:00Status Makanan Halal di Hotel
Hotel merupakan tempat yang sering kali
menjadi tumpuan ramai pengunjung yang datangnya daripada latar belakang berbeza. Pengunjung yang singgah ke hotel bukan sekadar mahu
menginap di hotel yang dipilih tetapi pada masa yang sama akan menikmati makanan
yang disediakan oleh pihak hotel yang sememangnya berkelas tinggi.
Namun, dewasa ini kita melihat berlaku masalah dalam isu berkaitan status halal hotel sekaligus menimbulkan keraguan dikalangan pengunjung yang beragama Islam. Hal ini kerana, makanan merupakan nadi bagi orang mukmin dan ia secara
langsung berkait rapat dengan ibadah yang dilakukan untuk mencapai redha yang
Esa.
Setiap orang mukmin diperintahkan Allah SWT untuk sentiasa menggunakan bahan-bahan
yang halal dan berkualiti (mengandung gizi dan vitamin yang cukup). Kedua-dua aspek ini penting bagi memastikan kesihatan jasmani dan rohani yang terbentuk adalah hasil dari sumber yang halal dan diredhai oleh Allah SWT. Hal ini dengan jelas Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
sumber
Penggunaan bahan yang haram meskipun secara lahiriyah berkualiti dan bergaya
akan membentuk perilaku dan akhlak yang buruk baik bagi individu, keluarga serta masyarakat. Oleh itu, kita dilarang mengharamkan sesuatu yang telah dibolehkan dalam Islam. Sebaliknya, kita juga dilarang menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan, kerana penghalalan dan pengharaman merupakan hak Allah dan Rasul-Nya, tidak semua orang boleh menetapkannya. Allah SWT berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepad Nya.”
(Surah al-Maaidah :87-88)
Takrifan sebenar makanan halal bukan hanya terbatas kepada bahan
asas yang digunakan dalam menghasilkan produk akhir semata-mata. Ia mengcakupi
konsep yang lebih luas iaitu bermula daripada peringkat awal sehinggalah produk itu
sedia untuk dimakan. Ia juga memberikan penekanan kepada aspek kebersihan dalam
keseluruhan makanan tersebut merangkumi penyediaan, pemprosesan,
pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan. Makanan tersebut mestilah
diasingkan dengan mana-mana makanan yang tidak halal.
sumber
Bagi mengenalpasti status kehalalan yang diiktiraf untuk sesebuah hotel dan resort di Malaysia, pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyenaraikan nama-nama hotel dan resort yang mendapat pengiiktirafan sijil halal khusus untuk pengendalian makanan dan minuman di bahagian dapur dan restoran. Melalui kaedah ini, pengguna dapat mengetahui tempoh sah sijil yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM. Berikut merupakan laman sesawang Portal Rasmi Halal Malaysia yang menyenaraikan nama-nama hotel yang telah mendapat pengiktirafan halal http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/241-carian-direktori-hotel. Namun, terdapat tiga aspek utama yang wajar diberi perhatian oleh pihak berkuasa iaitu dari segi persepsi pengurusan makanan halal di hotel, penyediaan
bahan dalam masakan dan sumber bekalan makanan yang diperolehi. Hal ini supaya, pihak hotel tidak memandang ringan akan prosedur yang melayakkan mereka mendapat sijil halal.
Dalam memelihara konsep halal, pihak hotel seharusnya menggunakan takrifan halal mengikut perintah perihal dagangan iaitu makanan atau apa jua yang melibatkan penyediaan makanan seperti berikut :
a. Bukan terdiri dari binatang yang diharamkan makan oleh umat islam atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
b. Bukan najis mengikut syarak
c. Diproses dan alat yang suci dari najis mengikut syarak
d. Diproses berasingan dari mana-mana perkara di atas.
e. Tidak terkandung bahan-bahan yang terlarang seperti alkohol dan arak.
Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa sahaja doa disampaikannya kepada Allah SWT, supaya dikabulkan. Rasulullah bersabda yang maksudnya:
“Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”
Sejajar dengan riwayat di atas, ia menunjukkan bagaimana Islam sangat menitikberatkan umatnya agar menjauhi makanan haram dan makanan daripada sumber haram. Hadis ini menerangkan bahawa doa dan amal kita ada kaitan dengan sumber makanan yang masuk ke dalam sistem badan kita. Sekiranya makanan itu haram, maka amalnya tidak diterima selama empat puluh hari.
Kesimpulannya, status makanan halal ini sebenarnya adalah satu perkara yang amat
penting kerana ia melibatkan proses awal penyediaan makanan kepada pelanggan.
Sekiranya proses yang digunakan bercampur baur dengan perkara haram ia secara
tidak langsung akan memberikan kesan buruk kepada makanan tersebut. Hal akan
menjejaskan banyak perkara rohaniah seseorang muslim termasuk sifat dan
amalannya. Justeru, pihak pengurusan hotel perlu telus dalam mengendalikan makanan dan minuman supaya sumber yang diperolehi bertepatan dengan hukum syarak.
Fadhliana Habibhttp://www.blogger.com/profile/06430240710189066848noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5389297153510481446.post-34859910433240979032015-03-22T20:33:00.000-07:002015-03-22T20:33:12.599-07:00Hotel Islami
Entri kali ini adalah berkisar
mengenai industri perhotelan. Hotel berasal daripada perkataan Perancis yang
berkembang pesat sejajar dengan pertumbuhan sektor pelancongan. Sektor
perhotelan merupakan salah satu komponen penting industri pelancongan dan ianya
menyediakan kemudahan penginapan dan perkhidmatan makanan dan minuman kepada
pelancong. Kebanyakan hotel-hotel 4 dan 5 bintang yang beroperasi di
pusat-pusat pelancongan utama negara kurang mengambil berat isu halal dan
kemudahan yang perlu disediakan kepada pelanggan Muslim. Kebiasaanya hotel 4
dan 5 bintang menyediakan bar yang menyediakan makanan dan minuman beralkohol
kepada pelanggan. Justeru, status operasi hotel sebegini akan menyebabkan sijil
halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah
was-was akan kehalalannya. Oleh itu, industri hotel di Malaysia perlu membuat
perubahan bagi menyediakan kemudahan dan fasiliti yang mesra pelanggan Muslim.
Pengikitirafan negara-negara luar terhadap Malaysia sebagai sebuah negara Islam
yang moderat memberi kelebihan kepada pengusaha-pengusaha hotel untuk
mendirikan sebuah hotel yang berkonsepkan patuh syariah. <o:p></o:p>
Kebanyakan hotel patuh syariah
yang beroperasi di negara Timur Tengah mempunyai pelbagai versi dari segi
amalan pengurusan dan perniagaan. Hotel yang tidak menyediakan minuman keras
juga layak di kategorikan sebagai hotel patuh syariah walaupun tidak mematuhi
peraturanperaturan lain yang digariskan oleh syarak. Ada juga yang berpendapat
untuk melayakkan sesebuah hotel dikategorikan sebagai hotel patuh syariah perlu
ada peraturan yang ketat dari segi pergaulan bebas di hotel. Di samping itu,
hotel ini juga menyediakan restoran khusus tetamu perempuan sahaja dan begitu
juga perkhidmatan-perkhidmatan lain yang menyediakan staf perempuan untuk
melayan tetamu perempuan sahaja. Oleh kerana tiada piawaian yang ditetapkan
oleh pihak industri ke atas hotel patuh syariah ini maka terdapat sedikit
kecelaruan dari segi operasi dan pengurusan hotel tersebut.<o:p></o:p>
<o:p>
</o:p>
Di Malaysia, terdapat beberapa
hotel yang cuba menerapkan nilai-nilai Islam dalam menyediakan produk dan
perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan Muslim. Sebagai contohnya,
Kumpulan Hotel De Palma yang dimiliki oleh PKNS menyediakan pelbagai pelbagai
perkhidmatan yang bercirikan mesra pelanggan Muslim. Perkhidmatan seperti pakej
seminar hotel adalah bercirikan Islam dengan menyediakan buah kurma dan kismis
semasa seminar, perkhidmatan imam dan tazkirah semasa tempoh penginapan tetamu
di hotel tersebut. Hotel ini juga telah memamerkan tanda logo halal di laman
sesawang dan menyatakan ianya adalah pelopor hotel patuh syariah dalam negara.
Perubahan yang dilakukan oleh pengurusan kumpulan hotel De Palma dalam
mengetengahkan konsep hotel patuh shariah patut dipuji dan diberi sokongan
sepenuhnya. Sekurang-kurangnya, konsep hotel yang bercirikan Islam memberi
alternatif penginapan kepada pelanggan Muslim yang kurang selesa untuk menginap
di hotel-hotel mewah.<o:p></o:p>
Sebagai kesimpulan, bagi memenuhi
permintaan dan kehendak pasaran ini, industri pelancongan perlu mengetengahkan
produk baru iaitu hotel patuh shariah yang akan memenuhi keperluan segmen
pasaran ini. Konsep hotel patuh shariah perlu diperluaskan dan dimajukan dengan
lebih agresif terutama dengan mempromosikannya ke peringkat antarabangsa
mahupun tempatan..<o:p></o:p>
Fadhliana Habibhttp://www.blogger.com/profile/06430240710189066848noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5389297153510481446.post-15816608154508455382015-03-15T18:31:00.003-07:002015-03-16T05:24:58.721-07:00Keperluan Musafir Dalam Industri Hospitaliti Islam
Umat Islam diperkenalkan industri hospitaliti pada hal
hospitaliti Islam telah diajarkan oleh baginda Rasul s.a.w. Namun begitu kita
lebih menerima industri hospitaliti dari Barat. Mahu tak mahu umat Islam
terpaksa akur dengan perkembangan ini.
Bagi memenuhi keperluan musafir yang datang melancong dari dalam dan luar negara maka industri hospitaliti Islam
diwujudkan dengan membina hotel atau motel yang berkonsepkan syariah seperti
menyediakan bilik mandi yang tertutup, ruang sukan yang tertutup, bilik-bilik
tidur yang disediakan peralatan untuk mengerjakan solat dan sebagainya. Kesemua
ini memerlukan modal. Maka mereka sebagai tetamu dikenakan bayaran yang
berpatutan untuk menginap.
Industri hospitaliti Islam amat berbeza dari insustri hospitaliti Barat
yang lebih menekankan kepada keuntungan kebendaan semata-mata tanpa mengambil
perhatian kepada peraturan syariat seperti menutup aurat, tidak ada unsur judi
dan arak, tidak ada unsur yang melekakan seperti muzik dan nyanyian.
Penekanan industri hospitaliti Islam adalah untuk memenuhi keperluan
musafir yang dianggap sebagai pelancong yang memerlukan tempat untuk tidur dan
beristirehat. Oleh itu, aspek keselesaan amat penting yang merangkumi keluasan
bilik tidur, ruang solat, sejadah, makanan halal, serta rancangan televisyen
yang bersesuaian.
Kepentingan hospitaliti Islam dalam memenuhi keperluan musafir adalah
sebagai alternatif kepada umat Islam untuk
berkunjung ke pusat-pusat pelancongan dengan tidak berasa was-was akan kemudahan
yang disediakan seperti cara lazim yang sedia ada. Para musafir yang datang akan
dilayan dengan baik berdasarkan kepada syariah Islam. Melalui pendekatan
toleransi dah tatatertib yang baik akan menarik musafir yang bukan beragama Islam
tertarik dengan cara Islam.
Fadhliana Habibhttp://www.blogger.com/profile/06430240710189066848noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5389297153510481446.post-68596804515181218012015-03-09T23:56:00.001-07:002015-03-09T23:56:38.282-07:00Musafir Muslim
ayat Al-Quran yang menyentuh tentang musafir atau pengembaraan. Antaranya ialah
firman Allah dalam Surah Al-An'am (6: 11) yang terjemahannya: Katakanlah
(Muhammad), "Jelajahilah bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang
yang mendustakan itu''.<o:p></o:p>
jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya.
Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan”.<o:p></o:p>
memang digalakkan untuk pergi bermusafir atau mengembara dalam rangka untuk
menambahkan keimanan kepada Allah SWT. Dalam bermusafir, nikmat pancaindera
pendengaran dan penglihatan serta hati harus peka dan digunakan untuk
memperakui kekuasaan dan kebesaran Allah. Betapa Allah Maha Berkuasa mengazab
orang-orang yang mendustai ayat dan petunjuk Allah. Merasai pengalaman berada
di tempat-tempat tertentu umpamanya melihat tinggalan sejarah Firaun di Mesir
pasti tidak sama dengan sekadar mengetahui melalui pembacaan.<o:p></o:p>
untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Manusia bermusafir atas berbagai-bagai sebab antaranya melakukan amal ibadat
haji atau umrah, menuntut ilmu, mencari rezeki, berjihad atau untuk
menziarahi keluarga atau sahabat. Musafir tidak seharusnya dicemarkan dengan
perkara-perkara maksiat dan haram samada sebagai tujuan atau pun aktiviti
semasa bermusafir. <o:p></o:p>
boleh diperolehi melalui pengembaraan atau bermusafir, mudah-mudahan kita
berkeinginan untuk mencari peluang bermusafir dengan menghayati keindahan
ciptaan Allah SWT di alam semesta ini. Bak kata pepatah, “jauh perjalanan luas
pemandangan”. Kita juga akan merasa bersyukur akan kebesaran Allah SWT
sekaligus menyedari akan kedudukan kita sebagai hamba Allah, aamin...Ya Rabb<o:p></o:p>
Fadhliana Habibhttp://www.blogger.com/profile/06430240710189066848noreply@blogger.com0